DAUN TEH EUCOMMIA – RAJA TEH KESIHATAN

DAUN TEH EUCOMMIA – RAJA TEH KESIHATAN

TEH YANG POPULAR DI JEPUN
Orang Jepun merupakan masyarakat yang pertama menjadikan daun Eucommia sebagai teh kesihatan. Hari ini masyarat Jepun menjadikan daun teh Eucommia sebagai teh pembina kesihatan yang sangat popular di Jepun. Setiap tahun Jepun mengimport daun Eucommia dalam kuantiti yang besar bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat. Terdapat beberapa buku tertulis tentang faedah-faedah daun teh Eucommia dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Universiti Nihon, Universiti Toyama dan Universiti Hokaida untuk memastikan faedah kesihatannya.

KEGUNAAN PERUBATAN MELEBIHI 2000 TAHUN
Salah satu daripada material medica Cina yang terawal “Herbal Shen Nong” yang ditulis oleh Shen Nong pada 100 sebelum masehi mengkategori Eucommia sebagai herba yang hebat dan boleh diambil dalam kuantiti dan dalam tempoh masa yang panjang tanpa ketoksidan, menyuburkan serta mempunyai kesan menguatkan kesihatan. Materia medica tersebut menyatakan kegunaan perubatan untuk : merawat sakit belakang yang kronik, menambah stamina, berfaedah untuk qi, menguatkan urat dan tulang, menghilangkan gatal di bahagian sulit dan aliran urin. Ia juga menyatakan dengan pengambilan dalam tempoh masa yang panjang, jangka hayat hidup akan lebih lama.

KONSTITUEN AKTIF DALAM DAUN EUCOMMIA LEBIH TINGGI BERBANDING KULIT KAYU
Analisis yang dijalankan oleh makmal menunjukkan nutrien yang ditemui dalam daun dan kulit kayu secara dasarnya adalah sama, tetapi daunnya mempunyai kandungan aktif konstituen aktif yang lebih tinggi berbanding kulit kayu.

EMPAT FAEDAH KESIHATAN MENGAMALKAN TEH DAUN EUCOMMIA DAN PENYELIDIKANNYA

1) KESAN DALAM MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Penyelidikan oleh Universiti Harvard, Universiti Wisconsin dan Universiti Louisiana telah memastikan kesan Eucommia dalam merendahkan tekanan darah dan mengenal pasti pinoresinol diguloside, aucubin dan asid klorogenik sebagai sebatian yang bertanggung jawab untuknya.
Pusat Penyelidikan Perubatan Timur dan Barat di Cina telah menggunakan daun teh Eucommia untuk mengendalikan percubaan klinikal ke atas 28000 orang yang mempunyai tekanan darah tinggi untuk tempoh 2 tahun, dan keputusan yang baik telah diperolehi. Doktor yang mengetuai percubaan klinikal iaitu Dr Xu Xiang Lin melapurkan penemuan tersebut di International Simposium Pencegahan Penyakit Jantung dan Vaskular yang dianjurkan oleh WHO di Washington, dan telah mendapat perhatian para pakar yang mengambil bahagian daripada pelbagai negara.
Dr Frank Greenway, Pengarah Perubatan di Pennington, Amerika Syarikat, telah melengkapkan percubaan klinikal ke atas manusia selama lapan-minggu secara rambang, dengan keputusan awalnya menunjukkan ekstrak penstandardan adalah selamat dan berkesan dalam merendahkan tekanan darah.

2) KESAN DALAM MENGAWAL FUNGSI JANTUNG DAN VASKULARPenyelidikan oleh pelbagai universiti di Cina menunjukkan Eucommia mengandungi bahan tertentu yang menghalang angiotensin (salah satu faktor yang bertanggung jawab terhadap tekanan darah tinggi) dan mengawal fungsi jantung dan vaskular. Selain daripada itu, kandungan silicon yang tinggi mencecah 1580mm dan kalsium dalam Eucommia penting dalam mengawal fungsi jantung dan vaskular.

Dalam bulan Disember 2003, Jabatan Perubatan, Fakulti Kesihatan Sains, Universiti MsMaster, Hamilton ON, Kanada menerbit kajian yang mengesahkan tindakan vasorelaxan Eucommia Ulmoides Oliv. yang membentuk asas pharmakologikal untuk dokumentasi tindakan antihipertensif.

3) KESAN DALAM MERENDAHKAN GULA DARAHDaun Eucommia telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat diabetis di Korea. Pada Disember 2004, Institut Penyelidikan Makanan dan Bio-Industri, Universiti Nasional Kyungpook, Daegu Korea Selatan telah menerbit kajian yang mengesahkan kesan hipoglisemik daun Eucommia. Pada tahun yang sama, Divisyen Penyelidikan Fungsi Makanan, Institut Penyelidikan Makanan Korea telah mengenal pasti Flovonol glikoside dalam daun Eucommia sebagai sebatian yang bertanggung jawab kepada tindakan anti-diabetes.

4) KESAN DALAM MENGURANGKAN LEMAK DAN SINTESIS KOLAGENPharmaceutikal Kobayashi di Jepun telah menjalankan penyelidikan yang mengesahkan Eucommia Ulmoides membantu menjadikan sindrom metabolik bertambah baik. Dalam eksperimen ke atas tikus dikendalikan bersama Fakulti Perubatan Universiti Mie, ianya mengesahkan yang Eucommia Ulmoides menghalang pengumpulan lemak visera. Tambahan lagi, ia mempunyai kesan meningkatkan paras adiponektin darah dan keupayaan penggunaan glukosa juga lebih baik.

Pada tahun 2000, penyelidikan di Universiti Nihon di Chiba, Jepun menerbitkan dua kajian menunjukkan kedua-dua daun dan kulit Eucommia Ulmoides mengandungi dua sebatian asid geniposidik dan aucubin yang meningkat sintesis kolagen tikus.

Penyelidikan di atas menjelaskan mengapa masyarakat Jepun meminum daun teh Eucommia untuk melangsing dan mengekalkan kulit yang sihat dengan memuaskan.



PERSEKITARAN PERTUMBUHAN YANG HEBAT DI DAERAH KAIHUA
Daerah Kaihua mempunyai persekitaran pertumbuhan yang hebat untuk pokok Eucommia, dengan tanah separuh asid, suhu tahunan 16.3 C, hujan tahunan 1990mm dan sinaran matahari tahunan 1785 jam, semuanya penting untuk menghasilkan daun Eucommia berkualiti terbaik dan tiada bandingannya dengan daun Eucommia dari daerah-daerah lain.


DAUN TEH ORGANIK EUCOMMIA KAIHUA RASA SEPERTI TEH HIJAU
Daun teh Eucommia Kaihua menggunakan daun Eucommia yang berkualiti terbaik dan segar dengan menggunakan teknologi penghasilan terkini, memberi anda faedah kesihatan teh yang rasanya seperti Teh Hijau tetapi lebih bernilai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan